Monday, 2 April 2012

LIFE IS FULL OF RIDDLES



Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Menyusuri hari2 yang terus mendatang dengan pelbagai ragam manusia .. Semakin jauh perjalanan hidup semakin luas pemandangan dan pengalaman yang di perolehi,,, Tanpa sedar suku pertama dalam kehidupan telah hampir melabuhkan tirainya... 

Suku kedua akan menyusul beberapa hari saja lagi,,, menjengah ke usia baru sudah menjadi satu kepastian dlm diri setiap manusia... sudah pastinya pelbagai spekulasi akan di dengari setiap kali menjelang usia baru..umur hanya pada angka,,, tapi hati tetap muda remaja,.. :-) 

Inilah lumrah hidup aku dan manusia2 lain... bila masuk ke usia baru,,, pasti pelbagai perasaan akan menyusul... Inilah sifat semulajadi manusia,,, tidak akan puas dengan apa yang dimiliki... Menjadi anak tunggal lelaki dalam keluarga bukan lah sesuatu yang indah yang org selalu sangkakan,,, terlalu banyak halangan, dugaan, dan rintangan meniti setiap saat proses pembesaran berlaku... Pergaulan terasa terbatas dan konflik dengan diri sendiri sudah pastinya menjadi teman setia di  sisi.. mungkin rantaian hidup kita berbeza..tapi inilah hidup aku yang penuh warna warnai seperti manusia lain cuma berbeza pada cara pengolahan corak kehidupan mereka..

Peringkat kehidupan terus di lalui dengan suka duka,,, zaman persekolahan sudah pastinya menjadi zaman yang paling menggembirakan bagi kebanyakan manusia,,tetapi tidak bagi aku,, terlalu banyak perkara yang menghantui diri sehingga terbuku menjadi segumpal darah penuh dendam,, hanya beberapa tahun terakhir di zaman persekolahan yang benar2 menjadikan aku seorang yang menghargai zaman persekolahan...

Masuk ke dunia pekerjaan merupakan sesuatu yang paling indah dalam kehidupan,,, terasa kepuasan dalam hidup yang tidak terhingga kerana mampu mempuny wang sendiri dan bebas memiliki apa jua kehendak.. cuma kadang kala persekitaran memaksa kita untuk mewujudkan kos lepas dalam hidup... tahun ke tahun yang di lalui ,,ada kisah nya yang tersendiri,,, ianya boleh menjadi novel yang paling boring dalam hidup ,,, dan mungkin juga menjadi novel yang paling laris... 

Akan tetapi,,, kita tidak mampu menolak andaian dan apa jua pandangan orang terhadap kita,, kerana kita tidak mampu menutup mulut manusia apatah lagi memuaskan hati semua orang... menjadi diri sendiri adalah amanah buat kita kerana kejujuran akan lebih terserlah dalam setiap watak yang kita cuba lakonkan... 

Aku bukan lah seorang puitis ataupun sasterawan yang bisa mengukir kata2... aku juga bukan seorang yang bijak berkata2..aku cuma belajar untuk menjadi diri sendiri... ini lah luahan hati aku sebagai pembuka blog aku yang ntah apa2 ini...kerana selepas ini aku akan melalui lebih bnyk perkara di masa mendatang,...aku insan biasa yang x kurang hebatnya tetapi terkadang akan tersungkur ketanah juga... :-) selepas ini aku akan share apa2 sahaja yang bole di share utk bahan kutukan dan gelak ketawa teman dan taulan,,,  wassalam

No comments:

Post a Comment