Tuesday, 12 March 2013

SEORANG LAGI PARAJURIT GUGUR DI SABAH



AL FATIHAH: 

Seorang anggota keselamatan Malaysia telah terkorban dan seorang lagi cedera sepertimana yang di sahkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Pertempuran telah berlaku di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu , Lahad Datu, kira-kira jam 10.45 pagi tadi dan dalam kejadian yang sama tiga pengganas turut mati.

Anggota keselamatan yang terkorban ialah  Prebet Ahmad Hurairah Ismail (1163468) (24 Tahun) Batalion Ke-7 RAMD dari Kem Kukusan Tawau sabah dan Arwah berasal dari Kelantan. Takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau serta di tempatkan bersama orang- orang yang beriman.

Arwah Prebet Ahmad Hurairah- Al fatihah..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Anggota keselamatan yang cedera ialah Kpl Khairul Anuar .Semoga terus bersabar!!!

Kpl Khairul Annuar - Cedera
Menurut sumber yang boleh di percayai, mereka telah diserang hendap oleh pengganas sulu dan pengganas ini berpakaian seperti orang awam untuk mengelirukan pasukan keselamatan.

Semoga Pasukan keselamatan Malaysia sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berjaga- jaga. Jumlah keseluruhan pasukan keselamatan Malaysia yg terkorban ialah 9 orang setelah genap sebulan isu lahad Datu ini.  Pray For Sabah...

adiadzroy@gmail.com



Monday, 11 March 2013

SALAM TAKZIAH PEJUANG MALAYSIA



Dah genap sebulan dah media cetak dan media elektronik ni buat liputan pasal penceroboh dari kesultanan Sulu di Lahad Datu Sabah yg bermula pada 12 Feb 2013 lepas kemunculan kumpulan penceroboh ini di perairan Sabah. Macam2 isu yang timbul apatah lagi dengan kedegilan kumpulan penceroboh ini utk berundur sampai lah berlakunya pertumpahan darah yang melibatkan anggota keselamatan Malaysia pada 1 Mac 2013…Sampai isu politik pon nak di campur adukkan dalam perkara ini. Kat sana sini org sibuk bercerita tentang isu ni even kat kedai makan, office, blok kelas, dan di masjid pon mrk akan membincangkan tentang isu yg sama.. fenomena ini mmbuatkan aku terpikir bahawa rakyat Malaysia ni sememangnya telah bersatu dari mula lagi apabila mereka memperkatakn kewujudan penceroboh ini dan seandainya di beri peluang,, pastinya rakyat Malaysia ni sanggup turun bekerja sama membantu PDRM dan ATM utk  menghapus puak penceroboh ini…Apa yg paling menyedihkan bila kumpulan penceroboh ini menggunakan kekejaman keatas jenazah anggota polis . Sampai begitu sekali tahap kekejaman yang mereka lakukan, sehingga hilang pertimbangan dan sifat kemanusiaan… 


Antara mrk yg terkorban dan cedera pada 1 Mac 2013
Apapun.. kita biarkan pihak yg berkaitan menyelesaikan isu pencerobohan ini, apa yang penting,kita berdoa kepada Allah agar krisis Lahad Datu ini akan berakhir dengan aman tanpa adanya pertumpahan darah pejuang- pejuang Malaysia.,walau kita tak mampu mengangkat senjata utk melawan musuh,tetapi ,sebagai org muslim ..kita masih mampu utk memohon doa kepada Allah…







http://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia?ref=ts&fref=ts

 Ini adalah pages khas PDRM bagi mengetahui sebarang perkembangan anggota dan berita dari semasa ke semasa di Lahad Datu Sabah.


Kepada pejuang Malaysia yg telah gugur,, pengorbanan anda tetap bersemadi dalam ingatan setiap rakyat Malaysia dan kami berbangga untuk pejuang2 tanah air..Al Fatihah..

Kepada mereka yang masih berjuang,, teruskan perjuangan kerana Allah sentiasa ada melindungi anda semua… 

Semoga keluarga pejuang tanah air yg syahid ini akn terus tabah menghadapi ujian Allah dan In Shaa Allah,,pasti ada hikmah di sebalik musibah ini...


Aku berbangga menjadi rakyat Malaysia. Sekiranya aku di beri peluang,,aku akan bersama pejuang -pejuang tanah air ini dengan rela hati dan seluruh jiwa raga menentang musuh demi Negara, Bangsa dan Agama,,Bersama kita mendoakan kesejahteraan pejuang2 tanah air di Lahad Datu Sabah dan bersama kita berdoa agar roh mereka yang telah gugur di medan perang berada dalam keadaan tenang..Keep Pray For Sabah coz we are 1Malaysia.


ps: aku sharing ni sekadar utk meng'updates' blog aku yg semakin suram sejak awal 2013,,,;-)

adiadzroy@gmail.com