Dah
genap sebulan dah media cetak dan media elektronik ni buat liputan pasal
penceroboh dari kesultanan Sulu di Lahad Datu Sabah yg bermula pada 12 Feb 2013
lepas kemunculan kumpulan penceroboh ini di perairan Sabah. Macam2 isu yang timbul apatah lagi dengan kedegilan kumpulan penceroboh
ini utk berundur sampai lah berlakunya pertumpahan darah yang melibatkan anggota keselamatan Malaysia pada 1 Mac 2013…Sampai isu politik pon
nak di campur adukkan dalam perkara ini. Kat sana sini org sibuk bercerita
tentang isu ni even kat kedai makan, office, blok kelas, dan di masjid pon mrk
akan membincangkan tentang isu yg sama.. fenomena ini mmbuatkan aku terpikir
bahawa rakyat Malaysia ni sememangnya telah bersatu dari mula lagi apabila
mereka memperkatakn kewujudan penceroboh ini dan seandainya di beri peluang,,
pastinya rakyat Malaysia ni sanggup turun bekerja sama membantu PDRM dan ATM
utk menghapus puak penceroboh ini…Apa yg
paling menyedihkan bila kumpulan penceroboh ini menggunakan kekejaman keatas
jenazah anggota polis . Sampai begitu sekali tahap kekejaman yang mereka
lakukan, sehingga hilang pertimbangan dan sifat kemanusiaan…
![]() |
| Antara mrk yg terkorban dan cedera pada 1 Mac 2013 |
Apapun..
kita biarkan pihak yg berkaitan menyelesaikan isu pencerobohan ini, apa yang
penting,kita berdoa kepada Allah agar krisis Lahad Datu ini akan berakhir
dengan aman tanpa adanya pertumpahan darah pejuang- pejuang Malaysia.,walau
kita tak mampu mengangkat senjata utk melawan musuh,tetapi ,sebagai org muslim ..kita
masih mampu utk memohon doa kepada Allah…
Ini
adalah pages khas PDRM bagi mengetahui sebarang perkembangan anggota dan berita
dari semasa ke semasa di Lahad Datu Sabah.
Kepada
pejuang Malaysia yg telah gugur,, pengorbanan anda tetap bersemadi dalam
ingatan setiap rakyat Malaysia dan kami berbangga untuk pejuang2 tanah air..Al Fatihah..
Kepada
mereka yang masih berjuang,, teruskan perjuangan kerana Allah sentiasa ada
melindungi anda semua…
Semoga keluarga pejuang tanah air yg syahid ini akn terus tabah menghadapi ujian Allah dan In Shaa Allah,,pasti ada hikmah di sebalik musibah ini...
Aku
berbangga menjadi rakyat Malaysia. Sekiranya aku di beri peluang,,aku akan bersama pejuang -pejuang tanah air ini dengan rela hati dan seluruh jiwa raga menentang musuh demi Negara, Bangsa dan Agama,,Bersama kita mendoakan kesejahteraan
pejuang2 tanah air di Lahad Datu Sabah dan bersama kita berdoa agar roh mereka yang telah gugur di
medan perang berada dalam keadaan tenang..Keep Pray For Sabah coz we are 1Malaysia.
ps: aku sharing ni sekadar utk meng'updates' blog aku yg semakin suram sejak awal 2013,,,;-)
adiadzroy@gmail.com





No comments:
Post a Comment