Setiap kali menjelang ramadhan,pasti kita akan membayangkan juadah berbuka puasa yg pelbagai dan Bazar Ramadan pulak seolah menjadi satu kewajipan bila tibanya bulan puasa dan sentiasa penuh menjelang petang, ibarat segerombolan semut yang mengerumuni seketul gula,itulah antara kelebihan yang kita kecapi dan nikmati di bulan puasa. Hidup bujang pulak memang simple, apabila menjelang bulan puasa je,, mode survival tu automatically on,,, hehe
Bagi
aku, puasa tahun ni,,nothing much
different,,sama je dengan puasa tahun yang lepas,,,seperti tahun2 yg
sebelumnya, aku akan menyambut awal
Ramadan bersama family ... xkisahlah kat mana sekalipun,asalkan aku bole
berbuka puasa bersama family...
Then,
the rest of time aku prefer utk explore seberapa banyak bazaar Ramadan di
tempat aku,, selain tu jugak aku lebih suka berterawih di masjid- masjid yang
berlainan pada setiap malam..sebab nak amik feel
berada di tempat orang,,haha... jauh perjalanan,luas pemandangan, begitulah
juga perjalanan aku,,, kemana saja aku pergi,, aku akan jumpa pelbagai ragam
dan suasana manusia sekeliling... sedikit sebanyak aku dapat belajar budaya
sekeliling,,asalkan x cultural shock,,,
sudeh la,,haha,,,
Bila
part buka puasa pon sama,aku pasti
akan sentiasa mencari tempat2 baru utk berbuka bersama colleagues... itulah kelebihannya bila hidup bujang, bila dah
berumah tangga, pasti komitmen tu jadi lain,,,
Sejujurnya,
aku bukanlah seorang yang gemar ke bazaar Ramadan apatah lagi untuk bersesak2
bersama yang lain..tetapi pabila menjelang petang je,,hati ini akan tergerak
utk ke bazaar yg penuh sesak,kerana suasana yang bingit itu adakalanya mencetus
kemeriahan yang pastinya akan di rindui setelah Ramadan berakhir..bila dah
sampai ke bazaar lak,xtau nak beli apa..mata jadi rambang dan nafsu makan mula
menguasai diri,,kalo bole sume makanan kat bazaar tu nak di beli,haha,, kadang
kala aku rimas dengan pelbagai bau dan ragam manusia sekeliling lebih2 lagi
bila part bersentuhan kulit xkira la dengan sape2 mesti melekit je rasanye,,adoyaii,,,
dari pemerhatian aku, xsemua peniaga di bazaar ni jujur,, aku acapkali membeli
makanan yang kurang kualiti dan tasteless
sometimes,akibatnya akan menyebabkan pembaziran,, p itulah lumrah manusia,
walau apapun,aku anggap itu dugaan di bulan baik dan aku ikhlaskan
semuanya,,insyaallah ada yang lebih baik menanti di masa akan datang.
Harapan
aku, semoga Ramadan kali ini penuh dengan barakah dan aku berdoa semoga Ramadan
ini bukanlah Ramadan yang terakhir bg aku,,Dalam kemeriahan Ramadan ini, jgnlah
lupa utk menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam,,, perbanyakkan amalan
disamping mendekatkan diri kepada Allah,,, yang penting zakat jgn lupa bayar,,
sama2 lah kita beringat sesame sendiri kerana pada zahir nya umat Islam adalah
bersaudara...
Aku
ni bukanlah perfect sangat pon, aku
sekadar berkongsi cerita dan pandangan kepada sesiapa yang sudi
mendengar..kerana aku juga manusia biasa, sentiasa mengembara dalam mencari
erti kehidupan sebenar... aku juga pernah tersasar dari landasan kehidupan, dan
kini aku mencuba untuk kembali ke jalan yang sepatutnya...
Tq
Allah for giving me a chance to be once again in the holy month of
ramadhan..Guide me to the right path all the way for the rest of my life to
Your Jannah...
Salam Ramadhan dan
semoga terjalin ikatan ukhwah yang teguh...Selamat menunaikan rukun Islam ke-3
dan ke-4 di bulan yang mulia ini,,, wassalam...
adiadzroy@gmail.com



No comments:
Post a Comment