10 malam terakhir Ramadan sering di
sebut2 dan semua orang menunggu dan berlumba2 untuk meningkatkan amal
ibadah,,kerana terdapat Malam Lailatulqadar di antara 10 malam terakhir ini,,
maka sangat beruntunglah bagi mereka yang di kurniakan oleh Allah utk bertemu
malam lailaturqadar,, yang mana fadilatnya lebih baik dari seribu bulan…
pastinya setiap individu yg bergelar muslim mendambakan Malam lailaturqadar,,
dan Insyaallah jika kita ikhlas mengerjakan Ibadah kerana Allah SWT, makan
Allah akan memberikan kita rahmat dan nikmat untuk bertemu Lailatur qadar…
Kembara Ramadan aku kini diteruskan atas urusan duniawi apabila
aku dan bos aku outstation selama 5 hari,,traveling dalam bulan puasa bukan lah
sesuatu yang memenatkan malah sesuatu yg mengujakan,, disamping melihat adat
dan budaya sambutan Ramadan di tempat orang,,, yang pasti bazaar Ramadan sentiasa
penuh di semua kawasan… itu yg menariknya tentang Ramadan dan menjadi simbolik
setiap kali tibanya Ramadan…hehe… Bertuah nya aku dilahirkan sebagai seorang
Islam,,,Syukur di atas Rezeki dan nikmat yang Allah berikan..alhamdulllah,,,
Aku sempat ke beberapa bazaar Ramadan di Sibu dan Bintulu ..
ada sedikit perbezaan tetapi juadah tetap sama,,, surrounding juga berbeza,,,
seronok sakan bila membeli juadah di bazaar,,,
Pejam celik,, xterasa waktu berlalu,,bila masuk je 10 hari
terakhir di bulan Ramadan,, kebanyakkn kita pasti sibuk dengan persiapan
menyambut Syawal,, semua excited mengerjakan urusan duniawi,,dan ada ketikanya
kita lalai akan urusan Ukhrawi,,, kalo bole sume barang2 dan baju raya nak yg
baru2,,hehe,, aku pon tergolong di dalam kumpulan ini jugak,, haha,,, seronok
sgt bila shopping raya,,,
Since aku dah meningkat dewasa ni,,aku agak kurang nak
bershopping,,,terutama baju raya,,dah terlalu banyak baju raya,,,Cuma target
aku untuk membahagiakan mereka yg memerlukan je,, Seronok bila melihat anak2
kecik bersuka ria menyambut syawal dengan pakaian yg serba baru,,
Harapan aku,,, semoga Ramadan kali ini akan berlalu dengan
sejuta Rahmat Allah… dan Syawal yang tiba akan penuh dengan sejuta nikmat Allah
SWT,,, Semoga Allah akan sentiasa memberikan kita ruang dan peluang untuk
bertemu sekali lagi di dalam Bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan di masa
yang akan datang,,,
adiadzroy@gmail.com


No comments:
Post a Comment