Every 13th of May , everyone will busy themselves with the preparation for Mother's Day.
Sempena Mother's Day ini,, nukilan ini adalah khas untuk Bonda tercinta
RABIAH BINTI HAJI GANI
Dia lahir pada 7 Februari 1955. Di besarkan dalam keluarga yang sederhana di sebuah perkampungan baru.. Merupakan anak ke dua dalam adik beradik. Pendidikan ibu tidak lah tinggi sepermana ibu- ibu lain,,, my mom belajar sampai darjah 4 je... sebab die terpaksa berhenti krn factor kewangan, parent dia on that time cume bole support abang die je,,,p satu perkara yang aku respect kat mami.. die memang hebat dalam ilmu matematik,, kalo bab2 pengiraan, aku memang jauh ketinggalan lah,,hehe..
Mami telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka kacak dari Marudi Miri pada usia 28 tahun..kisah cinta mereka mesti romantik pada ketika itu,,,hahaha...mybe pada ketika itu, kawen pada usia tersebut ,sudah terlalu lambat, tapi mami tetap tabah hadapi hidup dan terus melayari kehidupan bersama suami tercinta. As we know, hidup zaman dulu bukan lah sehebat hidup zaman sekarang. apabila kami adik beradik seorang demi seorang lahir, banyak perkara yang perlu di titik beratkan, mami menceburi terlalu banyak bidang pekerjaan demi mencari rezeki..mami pernah kerja sebagai penoreh getah, kilang papan, pembantu rumah, berhuma dan sebagainya..
Mami memang diva bagi kami,tidak pernah kenal erti penat ,lelah dan jemu dalam membesarkan kami adik beradik,,,Hidup berjauhan dengansuami tercinta bukan lah sesuatu perkara yang mudah,semua urusan rumah dan anak diletakkan sepenuhnya di bawah bahu mami... ayah terpaksa bekerja jauh, memakan masa bertahun,, paling singkat pon, ayah akan balik setelah setahun merantau,,urusan kiriman duit pon hanya melalui pos, brapa banyak lah gaji pada zaman dahulu, mami bekerja keras untuk menyara kami... mami memang tabah,,, mami terpaksa menanggung hutang.. tapi satu perkara yang aku tahu,, mami tidak pernah membiarkan kami semua kebuluran walaupun dirinya sendiri terpaksa megikat perut asalkan kami tidak kelaparan, hebatnya pengorbanan seorang ibu.
Masuk ke zaman persekolahan. beban ibu makin bertambah,,, ibu terus bekerja keras, demi menyekolahkan kami adik beradik,, mujur ayah pada ketika itu sering balik dan berusaha mencari pekerjaan di kawasan yang terdekat, dengan bakat yang ada pada mami, mami bersengkang mata membuat kuih muih untuk jualan di kampung . aku akui, perkara paling malu bila aku terpaksa bangun pagi hujung minggu utk menjaja kuih muih di kampung... kadang kala mami bising jugak kerana aku memberontak dengan kehidupan sbegitu. mami terlalu tabah dalam mencari rezeki.
dlm masa yang sama, mami berbakat dalam menjahit baju. hanya mami yang pakar dalam jahitan baju di kampung pada masa tersebut, dengan mesin jahit usang dirumah tersebut, mami gigih bersengkang mata untuk menyiapkan tempahan org ramai, rezeki mami akan bertambah pada bulan puasa kerana mami akan menerima tempahan hingga ratusan. seronok nya xterkata kerana tempahan yang banyk itu akan menghasilkan pulangan yang banyak,,aku lagilah seronok,minta itu dan ini.., mami selalu abaikan kerana apa yang aku minta itu hanya membazir duit, mami tegas dalm membesarkan kami. Apa yang pasti, setiap kali hari raya mami tidak akan membiarkan kami beraya dengan baju lama,,, pasti ada baju raya setiap tahun, walaupun terpaksa menyiapkannya dipagi raya,,asalkan mami nampak aku segak dengan baju baru di pagi raya,walaupun aku penah rasa kecewa dan terasa dikongkong..namun hasil nya kini aku telah menjadi seperti hari ini,, aku bangga dengan mami..
terlalu banyak perkara yang ibu buat,,, tidak terhitung banyaknya,,, aku hampir kehilangan ibu dan ayah serentak apabila mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2010..pada masa tersebut, aku baru memulakan kerja dalam sektor government,, sukar unruk dibayangkan seandainya mereka pergi secepat itu,,syukur alhamdulillah Allah masih panjangkan usia kedua nya... aku masih nampak kesan lebam di muka ibu hingga sekarang.. ayah apatah lagi,, sejak kemalangan itu, personalitinya terus berubah,,,
syukur,,aku masih punyai waktu untuk membalas budi mami dan ayah... pengorbanan ibu dan ayah terlalu besar,,, di saat ibu dan ayah terlantar di hospital.. baru lah aku sedar dan takut akan kehilangan mereka,,ternyata aku masih perlukan mami dan ayah dalam hidup,.
ada banyak lagi yang ingin dikongsi tentang ibu,,, memang x terhitung banyaknya cerita pasal ibu,,, apa yang di kongsikan ini hanya 1% dari penhgorbanan ibu,,, that My MOM,,, Mami ..U ARE ALWAYS THE NUMBER ONE FOR ME.... I LOVE U MAMI,, FOREVERMORE AND ALWAYS LOVE TILL THE END OF LIFE AND BEYOND...SELAMAT HARI IBU BUAT MAMI,,FOR ME,,EVERY DAY IS MOTHER'S DAY FOR U MAMI,,, Muahhhhhhhhhhh kat Mami,,, tiada hadiah terindah buat mami melainkan doa agar Mami sentiasa sihat dalam menjalani kehidupan seharian... dan mendapat keberkatan hidup dari Allah .. amin,,,
Emak... Mama... Mami... Ibu... Mom... Bonda... tak
kira apa pun gelaran yang kita guna kan utk memanggil ibu, ia tetap
mempunyai maksud yang sama.. dia lah yang melahirkan kita serta
membesarkan kita sampai ke tahap ini...
*** seperti yang aku selalu katakan,, aku bukan hebat dalam penulisan,,, tapi aku suka menulis***
Nukilan ikhlas khas untuk bonda
Sekeping Hati Seorang Insan Bernama Anak...
adiadzroy@gmail.com
No comments:
Post a Comment