Wednesday, 16 May 2012

THANK YOU CIKGU

Time's running very fast... tanpa sedar, dah 6 tahun aku menamatkan zaman sekolah,,, last aku guna uniform sekolah pada tahun 2006.. terasa mcm dah tua sangat dah sekarang ni..haha...
apa pun... masa xkan kembali,,member2 batch aku pon sume dah ada kerjaya masing2 dan kebanyakannya memilih profesion nak jadi Guru,,, aku sendiri juga pernah simpan cita2 nak jadi cikgu cuma rezeki aku lebih kepada profesion lain. 

16 Mei memang dah jadi simbolik bagi cikgu2 ni..asal 16 mei je,,org dah tau dah,,hari tu hari guru.. So untung la kengkawan aku yang dah jadi cikgu sekarang,, mesti banyak hadiah bertimbun kat meja...selalunya cikgu2 yang garang tu la yang jarang dapat hadiah...hahaha.. bagi cikgu yg punyai pakej lengkap tu memang dah confirm dah banyak peminat... bertuah lah korang yang cantik2 n macho2 mcm aku,,hahahaha..



As i remember when i was young... every time hari guru,, aku pasti merengek ngn mak aku,,, minta duit utk belikan hadiah untuk cikgu,,, memang dah jadi rutin aku pada setiap hari guru...suka tgok wajah cikgu yg hepi je dapat hadiah dari anak murid.. walaupun hanya sebatang pen merah,,haha,,sebab pen merah tu akan di gunakan selalu utk marking paper,,, zmn sekarang ni memang jauh sgt dari dulu,, xmustahil kalo cikgu2 akan dapat hadiah ipad , iphone , dan sebagainya,,haha..

Kenangan yg aku xbole lupa pada setiap hari guru ni,,, bila disuruh buat persembahan kat depan guru,, walaupun malu dan jadi bahan gelak kat student2 lain,,tapi at the end, aku dapat pujian dari cikgu2,, mengampu lah tu,,haha..

Aku bukan lah student yang baik sangat pon,kekadang sering jugak gaduh2 ngn cikgu,,kurang ajar ngn cikgu,escape kelas dsb.. bergantung kepada kekuatan cikgu di dalam kelas,,kalo cikgu yang xstrict sgt tu,mulalah aku amik kesempatan dlm kebaikan die,,selalunya cikgu perempuan lah yg akn jadi mangsa,,, hehe,, mas aku form 6,, everytime kelas muet dan economy..aku pasti akn escape ke surau,, n tido sampaila waktu rehat...patut pon result stpm aku cukup2 makan je,,,hihi



banyak nye kenangan zaman sekolah ni,, kalo aku bole rewind balik zaman student ni,,aku nak kembali semula guna uniform ni dan sure aku akn jadi budak yang rajin,,haha,, xnak nakal2 dah.. zaman spm pulak, lain kes,, aku budak baik,,p malas sgt belajar,penah group aku kena halau dari kelas fizik sebab xfocus pada experimen yg dibuat,, tebal nye muka masa tu,,, syukur la sume subjek pass masa tu..x la segan sgt kalo terserempak ngn guru kat luar,,haha.. paling fobia ngn subject sejarah, sampai satu tahap tu terkantoi kat cikgu sejarah buat homework add math masa cikgu potpet mengajar kat depan,,, nasib baik la sejarah aku bole score walaupun aku xsuka sejarah,,,




terima kasih cikgu sebab tahan ngn karenah anak2 murid yang pelbagai,,, memang di akui,,menjadi cikgu bukan lah sesuatu yang mudah,,, cikgu tu ibarat second parent masa kat sekolah,, nak mengajar dan menjaga student dalam satu masa..,sungguh murni profesion guru ni,,tanpa guru,,sape lah aku yang sekarang ni.. walaupun sestengah cikgu tu aku benci sgt2,, p hakikatnya mereka telah mencurah ilmu yg bermanfaat sgt2...
Pernah juga terserempak ngn cikgu2 ni,,bila aku ajak minum2 ,,dorang segan lak,, padahal ank murid cuma nak hargai cikgu2 je,,walaupun cikgu2 xminta tu sume,,p aku ikhlas nak bawa dorang ni makan2 n minum2 ni,,,


Selamat Hari Guru buat guru..terutamanya yang pernah mengajar aku dari sekolah rendah sampai menengah 
Cikgu Razak( (Math), Cikgu Nazrin (BM),Cikgu Soegirol(Sains), Cikgu Nur khairunnisa( Math), Ustaz Zamrud(PAI), Ustaz Syukri(PAI), Mdm Cita Cassiana Henry (Cikgu EST), Mdm Khoo Hung Kiong(AddMath), Cikgu Awang(Fizik), Cikgu Hayati (Kimia), Cikgu Aman (Kejuruteraan Awam), Cikgu Liaw(Lukisan Kejuruteraan), Cikgu Wan(Sejarah), Mdm Ng (English), dan ramai lagi lah,,, sume yang penah mengajar aku,, tq sebab menjadi cikgu yang baik,,, Semoga terus success dalam mendidik anak bangsa..

Aku xpandai dalam menulis puisi khas utk dihadiahkan kepada cikgu2 ni...aku juga bukan lah diantara student terbaik yang nak dibanggakan,,, aku cuma mahu hargai guru2 aku,,dan inilah cara aku,hehe...Tiada hadiah yang lebih berharga melainkan doa dari anak murid buat guru-guru yang di sanjungi,,moga para guru terus maju dan sentiasa sihat serta mendapat keberkatan di sisi Allah SWT.

adiadzroy@gmail.com





No comments:

Post a Comment